Related Links

Monday 14 August 2017

Tajul Iman In School

Iman autistic boy in his class

I managed to get a picture taken by my husband to show how my son is so happy now in school. He enjoys the school activities so much. My gratitude  to his teachers at PPKI Sek Men Sura Dungun for their time and effort to educate my boy. They are giving all  their very best for my boy. May God bless you teachers! And to all the teachers out there with your day to day life with our children. 

Friday 11 August 2017

Sambutan sederhana di Eidulfitri 2017

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah SWT kerana mengurniakan hari kemenangan kepada kepada seluruh umat Islam. Kami sekeluarga mengucapkan Selamat hari Raya Eidulfitri dan maaf zahir batin. Kami sekeluarga bersama Muhammad Tajul Iman & Muhammad Aidil Irfan beraya di Rembau Negeri Sembilan dengan gaya sederhana..semoga Allah sentiasa menambah rahmat dan keberkatan kepada kita semua..Aamiin ya rabbill Allamin



Thursday 15 June 2017

HAPPY BIRTHDAY SON (JUNE 15TH 2017)



Hari ini 15 Jun 2017, genap usia anakku Si Istimewa Tajul Iman 14 tahun. Saat anak-anak kalian yang seusia dengannya yang sudah ke Tingkatan 2, petah berkata-kata, Allah mengujiku dgn anak yang masih belum mampu berbicara secara normal. Selepas setahun terapi dgn bantuan anda semua, beliau dpt menghadiri terapi pertuturan (Speech Therapy) dan cara kerja (Occupational Therapy). Terima kasih. Hari ini dia sudah boleh menuturkan 2 perkataan, memberitahu apa yang dingininya. Doakan saya mampu merawat anak ini dan mendapatkan pendidikan dan terapi terbaik buatnya. Sekarang saiz Tajul Iman lebih tinggi dan besar berbanding saya. Sekarang kalau dia tantrum (mengamuk) saya masih boleh memeluknya kuat2. Tapi 5 tahun lagi? 10 tahun lagi? Takut boleh mengancam keselamatan saya kalau dibiarkan tanpa dirawat. 

Meskipun Ramadhan kali ini saya sambut dgn perubahan tingkahlaku yang agak luar biasa " dia menjerit2 "Air Air Air" sepanjang masa memenuhi ruang telinga kami. Sekali sekala mencakar mukanya, namun tak separah tahun lalu sehingga berbekas dan bernanah seperti Zombie. Kali ini cuma luka-luka kecil, walaupun agak menyakitkan mata dan jiwa saya yg tak tahan melihat darahnya keluar setiap kali dicakar mukanya.

Suaranya juga semakin besar sementelah sedang melalui peralihan usia baligh. Jeritannya agak kuat juga setiap masa. Alhamdulillah anak-anak saya yang lain sudah dapat menerima kebisingan ini. Kakak yang akan hadapi Peperiksaan SPM dan Azim yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Doakan mereka dapat hadapi situasi ini dgn baik dgn gangguan ketika belajar dan gangguan ketika tidur juga. Mana taknya, Iman biasa stay up till morning! 

Doakan  kami sekeluarga kekal tabah dan redha dgn ujian. Syukur pengalaman yang diberikan oleh Yang Maha Kuasa kepada anak-anak saya mampu mendidik anak-anak ini dgn KESABARAN apa lagi di saat mereka berlapar di siang hari. Moga istiqomah kami dgn kesabaran mendapat redha Ilahi.

Bagi saya pula jeritannya sepanjang saya memasak di dapur, dgn kekalutan yang ada tanpa ada pembantu rumah seperti dulu kadang-kadang agak menguji kesabaran. Apa lagi waktu perlu mengejar waktu bersahur dan berbuka. Saya lihat anak ini ada kecenderungan memasak juga. I'll develop him to become a Good Chef one day. Insya Allah. 

Tapi kecenderungan memasaknya sesekali membawa kesudahan yang negatif. Pinggan mangkuk pecah, sayur dipotong hancur, serta sesekali ada menu extra dalam makanan dsb. Tengok keadaan, kalau ianya benda kotor, makanan terpaksa dilupuskan. Ingat lagi suatu ketika saya masak mee sup dan tinggalkannya di atas dapur utk mengambil pakaian di luar rumah, dia masukkan garam sebanyak-banyaknya dalam kuah. Kami akur dgn terpaksa membuang mee berkenaan dan saya masak pula masakan lain. 

Tentang hala tuju pendidikan anak ini, nampaknya Sek Men Sura yang ada Pendidikan Khas Integrasi pun nampak belum sesuai untuk mendidik Anak Autism Parah sepertinya. Anak2 Autism sepertinya kena ada sekolah khusus. Tak boleh campur dgn kanak2 istimewa lain. Lain cara pendekatannya. Justeru sehingga ke hari ini saya masih lagi belum berputus asa utk membangunkan Pusat Pendidikan Anak-anak Autism dgn modal sendiri. Saya dah tak larat nak kemukakan kertas cadangan, menghantarnya ke sana sini bagi memohon bantuan kewangan. Semuanya gagal sejak tahun 2013. Justeru kali ini usaha terkini yg kami jalankan ialah pembinaan TJL Garden Homestay di Jalan Melati. Mintak kawan2 war2kan tentang projek Homestay kami, satu sumber dana utk rawatan dan pendidikan anak2 istimewa kami. Muhammad Tajul Iman (severe Autism) dan Muhammad Aidil Irfan (mild Autism).

Anak saya Aidil Irfan pula tidak agresif spt abangnya, namun sgt lambat dari segi kemahiran motor. Apa yang dipegang sering terjatuh, pecah, atau tumpah. Ibu seperti saya selalu kena jadi seperti Cinderella setiap kali dia menumpahkan makanan di lantai. Sabar tapi SAKIT! Maklum saya cuma manusia biasa. Ada nafsu Amarah. 

Akhirnya saya sertakan bersama namecard baru dgn promosi TJL Garden Homestay di Dungun. Ada salah sikit sebab microwave sahaja tanpa "oven" tercatat di situ. Maaf atas kesilapan. Kami sedang menyediakan dapur utk emmasak juga. Tolong promote kpd ahli keluarga dan kawan2 ye. 

Sekian. Jgn lupa doakan kami. Lebih2 lagi meniti 10 malam terakhir  Ramadhan yang penuh Barakah dgn Lailatul Qadar. Bersama kita berusaha mencarinya. 

Wassalam.

NORLAILA MAT TAHIR
011-26451058







Monday 12 June 2017

SIMPOSIUM AUTISM & ADHD di KEMAMAN (8 Mei 2017)


Alhamdulillah pada 8 Mei 2017, saya telah dijemput oleh Dr Siti Halimatus Saadiah, pakat Psikiatri dari Hospital Kemaman untuk berkongsi pengalaman bersama sekumpulan kakitangan hospital yang terdiri daripada Doktor, jururawat dan Ahli Terapi dari seluruh negeri Kuala Terengganu. Terimakasih kepada Dr Siti, Dr Aziah dan team yang bersungguh-sungguh menjemput saya berkongsi pengalaman dalam mendidik dan menguruskan kedua-dua anak istimewa penghidap Autism saya.

Banyak ilmu yang saya dapat sepanjang sehari menghadiri simposium ini. Moga perkongsian saya bersama sekalian yang hadir dapat memberikan manfaat kepada kita semua.



AUTISM & ADHD SYMPOSIUM ON MAY 8, 2017 AT MPK KEMAMAN

AUTISM & ADHD SYMPOSIUM ON MAY 8, 2017 AT MPK KEMAMAN


AUTISM & ADHD SYMPOSIUM ON MAY 8, 2017 AT MPK KEMAMAN










Sunday 28 May 2017

RAMADHAN 2017 Ujianku berpuasa dgn anak Autism

Puasa tahun ini Tajul Iman masih berusia 13 tahun. Birthday dia tak lama lagi, 15 Jun. 14 tahunlah anak ini pada bulan Jun nanti. Insya Allah jika aku masih diberikan peluang menjaga amanah dan hadiah dariNya ini. Ingin kurakamkan kpd semua beberapa cerita yg gembira, sedih dan menguji kesabaranku. Baru 2 hari Ramadhan. Inilah diari mereka:


Pada usia ini Tajul Iman masih belum mampu memahami apa erti Ramadhan dan puasa. Namun hatiku amat tersentuh. Malam Ramadhan yang pertama selepas ayahnya ke mesjid utk solat terawih malam pertama, aku di rumah bersamanya. Pelik, dia tak tahu membaca, menulis jauh sekali. Tatkala aku ke dapur menyediakan juadah utk bersahur, keluar dari mulutnya "sahur sahur sahur sahur" ikut macam gaya bekas bibiknya memanggil kami bersahur tidak lama dahulu. Maha suci Allah. Anak ini dapat merasakannya. Ini Ramadhan.....

Berpuasa keesokan harinya, anak ini jadi ujian pula kpd adik beradiknya yang lain. Mana tidaknya, dia makan dan minum di siang hari. Aku nasihatkan Azim, the only one normal son I have (in between Iman and Irfan), he's 12. Azim nampak sgt lembik sampai ke petang. Aku ingatkan dia supaya bersabar. Ini semua ujian Allah buat org yang berpuasa. Namum Irfan yg mild Autism berjaya digugat oleh Iman. Jam 10 pagi dia mintak makan. Adik janji "ecok adik puasa" katanya. Bukan main marah Si Azim, 

Waktu berbuka kueh yang ku bheli buat makan berbuka terlebih dahulu dah di"cukai" Iman. Aku lupa menyembunyikannya. Seperti tahun-tahun sebelumnya anak ini makan dgn byk sekali. Gemuk metong kata org Tganu dia waktu puasa tahun lepas. Tak tahulah tahun ini. Kesan Risperidone yang aku gunakannya setiap mlm supaya dia boleh tidur awal rupanya terbukti menyebabkannya menjadi obes. Apa nak buat. Kali ini aku harus cari masa, Promote exercise not just to Iman but to the whole family! Ada hikmah atas setiap yg diturunkan oleh Allah buat kita semua.

Ujian paling berat dgn Tajul Iman tahun ini ialah cara dia "provoke" aku. Tatkala aku yg sedang kelam kabut menyediakan juadah berbuka, dia hampiri aku dengan meletakkan jarinya ke pipi dan mengugut selang 10 ke 15 minit menghampiriku yg sedang sibuk memasak dgn berkata :cakar cakar". Begitulah secara berterusan setiap kali aku di dapur utk menyediakan juadah sahur mahupun berbuka. "Istiqomah pulak budak ni mencakar mukanya hingga berdarah," bisik hati kecilku. Baru 2 hari Ramadhan, pipi kanannya dah bengkak dan bernanah dicakar. Pening kepala, sakit  hati, geram, semua perasaan ini terpaksa ku tahan. Sabar jelah. Moga Allah berikanku kesabaran dan supaya aku sentiasa melihat akhiratku setiap kali aku melihatnya.

Bagi Irfan pula hari ini seperti yg telah dijanjikan kemarin, memang dia betul-betul bangun sahur dan berpuasa. Ternyata anak Autism ni tak pandai berbohong. Syukur 2 minggu Ramadhan kali ini sekolah cuti, dan anak-anak ini pun nampaknya gembira sekali. Harapnya  pada masa kan datang Kementerian Pendidikan dpt merangka cuti sebegini di awal Ramadhan setiap tahun. 

Hatiku sekali lagi tercuit dgn pertanyaan Irfan sejak pagi tadi, Geli perutku bila dia tanyakan soalan-soalan seperti:

'Bu kelip mata batal puasa tak?"

'Bu kentut batal puasa tak?"

'Bu kencing batal puasa tak?"

Hai berat gini. Dari pagi tadi muntah aku. Last sekali dia main komputer tak berhenti dari pagi aku pun terfikir. Aku kata:

"Dik main komputer lama2 batal puasa"... Berhasil... Berhenti terus dia menggunakan komputer tu. Rupanya ada anak begini kita sebagai parents kena SMART juga sesekali dalam berhadapan dgn anak-anak begini.....



Wednesday 26 April 2017

TUHAN - HIJRAHkanlah diri ini.

Peperiksaan akhir Program Diploma UiTM sudah berakhir. Syukur, kali ini aku sekali lagi BERJAYA menangani ujian ku yang satu ini dgn baik. Tamat marking paper pada waktunya dan upload result juga pada waktunya tanpa ada sebarang desakan dari pihak atasan. Alhamdulillah, all these strength comes from the God. Maha suci Allah. La Haw Lawala Qu wata Illa Billah...

While watching to Gema Gegar Vaganza at Astro Oasis, where Aris Ariwatan is now singing a song entitled PERMAIDANI, and looking to him crying in tears, making me burst in tears also this morning. Looking back into how I'd spend my 3 weeks on my final exam papers this semester, makes me cry in sorrow.

During my marking for my final exam papers this semester, Tajul Iman is coloring my days again with scratching his body. Now on his both arms. Started from the itchy feelings on his skin, he began to scratch his skin harshly until blood came out. As usual, he's always happy to see me crying! I just can't stand the blood and stains everywhere in the house, on his clothes, on my sofas, on my bed and on the walls. Together with the sound he had always been shouting and yelling, "AIR AIR AIR" from the lowest to the highest tone each 3 to 5 minutes intermittently. That's how I spend my past three weeks with my exam papers on the table.

Sometimes I feel like vomiting and I even used to shout also, together with him, to release my stress. I used to make myself free from all those papers each time when I lost my patience. I put aside those papers for a while and I slowly took him to my chest, hugging him again and again, telling him and convincing him how much I love him. Thanks God, there was no single SPANK during the final weeks this year. Last year I did, even a few times. I regret and I cried, as usual.

I got no choice unless to bring all the exam papers back home and continue my marking at home. I just couldn't finish it it my office either when I'd to go back a few times to monitor my two Autism boys at home. I just couldn't focus with my work now. My normal kids are still young. They have to give their full attention to Tajul Iman and they have to catch with their studies at the same time as well. They just couldn't make it when Cik Mah, my daily maid didn't turn up for work.  Nowadays, this old woman used to cancel her visit to my place, (sometimes half an hour before I got to enter the class). This is due to her high blood pressure problem. I just can't say NO when she called me. Kakak the eldest one is sitting for her SPM examination this year. Azim is sitting for his UPSR! They have extra classes to attend this year. Who is going to take care of Tajul Iman? Irfan is doing OK even without me at home but Tajul Iman is still can't be controlled. Especially on his repetitive behavior!

May both of  my normal ones turn to be the greatest patience and independence "assets" in their later life. They have all these TRAINING  at their early age. To be patient, caring and loving. The most important think if to be ACCOUNTABLE for what the GOD had send to us. It's an AMANAH. I made them well understand!

To my friends out there, please look into this lyrics. It touches so deep into my HEART! Please listen to Aris's beautiful voice at you tube  PERMAIDANI by Aris Ariwatan

PERMAIDANI -Aris Ariwatan


Rimbun dan redup kasih-Mu

Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini



Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan Penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsan-Mu
Walau ku sedari



Oh... nyamannya
Bila diperlukan rindu-Mu
Mengimbaulah sentosa



Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini


Friday 21 April 2017

Iman Autism boy with his school activities

Iman really likes to go to school now. At the age of 14 this year he become more coorperate with his school activities. I only faced problem whenever there is a school holiday. He insisted to go to school even though it is a school holiday. I used to drive my car to his school during school holidays, just to convince him  that the school is CLOSED. Wish me best of luck till I'm gonna be able to set up my own Autism Centre, here in Dungun, so that he can come to school EVERYDAY!





Thursday 16 February 2017

AKU DITIMPA KEMALANGAN JALAN RAYA

Innalillah.... Inilah sahaja ungkapan yg terkeluar dr mulutku sambil mengucapkan syukur padamu Ya Allah krn telah menyelamatkanku dalam kemalangan ini. Demi tanggungjawab ku yang lebih besar yang Kau amanahkan utk ku menjaga dua orang insan istimewa yang bakal menantiku di Jannah pada akhir nanti. Semua hairan krn aku sedikit pun tidak cedera padahal bonet depan kereta remuk menghampiri kedudukan ku di tempat pemandu. Kun Fayakun. Itulah janji Allah. Syukur Kau telah menyelamatkanku demi tugas dan tanggungjawab ku selepas ini.

Ku coretkan pengalaman ini, yg turut dipinjamkan Allah buatku. Atas permintaan ramai rakan2 tersayang yang selama ini menyokong ku dari belakang. Maha suci Allah, aku bersyukur krn Kau pinjamkan aku mereka ini sementara aku bermusafir di dunia.

Pagi itu, seperti biasa aku meneruskan rutin hidupku, Sang suami telah pagi2 berlepas ke Kuala Terengganu seperti biasa. Begitulah dia setiap hari sejak 4 tahun lepas. Ramai yang prihatin, sementelah mereka sedar betapa payahnya aku harungi kehidupan sepanjang siang hariku di Dungun, Ke kelas memenuhi tuntutan pekerjaan yang semakin berat hari ke hari. Semester ini dgn 18 jam seminggu dan 6 kelas berbeza dgn 3 subjek berbeza, yang pada mulanya amat berat ku rasakan, semakin menjadi ringan. Aku berdoa. Moga kepasrahan dan redha ku terhadap takdir Ilahi dengan zikir dan tasbihku mengiringi perjalananku setiap hari, kau berikanlah aku kekuatan Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Sambil aku terus berdoa agar pertukaran balik suamiku ke Dungun menjawat jawatan SIP + yg sebenarnya ada di PPD Dungun akan diluluskan juga akhirnya.




Suamiku bukan tak pernah memohon pertukaran ke Dungun, krn simpati dgn isterinya yang sering berkejar ke sekolah, ke tempat kerja atau ke bhg kecemasan Hospital Dungun bila mana Tajul Iman terpaksa dikejarkan ke sana (krn mencederakan dirinya sendiri hingga koyak dan berdarah sana sini) atau perlu dikejarkan ke bahagian berkenaan apakala Asthmanya menyerang. Namun tahun demi tahun kami tunggu. Ternyata Allah masih ingin terus mengujiku, Insyaa Allah, Demi Mu Yang Maha Besar, akan kuteruskan kesabaran ini.

Syukur krn pd masa kejadian hanya aku sendiri di dalam Exora ku. Rutin menghadiri kelas di awal pagi, (meninggalkan Tajul Iman di bawah penjagaan pembantu rumah harianku), dan kembali semula sekitar jam 10 atau 11 pagi untuk menghantarnya ke sekolah, Rutin ini ku lalui dgn penuh rasa syukur krn diberikan peluang berkhidmat utk suamiku tercinta, membantunya menguruskan keluarga kami dalam menjaga amanah dariNya.

Pagi itu aku agak tergesa2. Mana tidaknya, aku janji dgn anak didik ku di UiTM yang aku akan kembali segera selesai sahaja menyelesaikan tugasku sebagai seorang ibu. 15 min break yg biasanya ku berikan kepada pelajar ku bagi setiap kelas 2 jam, membolehkanku kembali ke rumah dan menghantar Tajul Iman ke sekolah. Anak ini, walaupun tidak normal, amat suka ke sekolah, hatta pada masa cuti sekolah pun aku harus menghantarnya ke sekolah bagi meyakinkan dia bahawa sekolah ditutup dan tiada sebarang makhluk di sana. Inilah pengajaran buat anak2 normal yg malas ke sekolah.

Hatiku telahpun berasa sesuatu sebaik keluar meninggalkan pintu utama UiTM. Mungkin inilah yg dikatakan bisikan dari para Malaikat yg meminta ku berjaga2. Namun aku abaikan. Peliknya pagi itu, aku tidak memulakan perjalananku kembali menjemput Tajul Iman dgn bacaan menaiki kenderaan, malahan Ayatul Kursi dan Selawatku buat Baginda Rasul turut ku lupakan. Keghairahan ku menjalankan urusan dunia pagi itu ternyata telah melalaikan ku mengingatiMu Yang Maha Pencipta, dalam setiap detik nafasku.

Ribut sgt kuat. Aku memilih utk tidak menggunakan air cond kerana ingin ku hirup udara segar dari pantai yg cantik kurniaan yang Maha Esa. Apa lagi dgn krisis kewangan yang ku hadapi, dibebankan lagi dgn kenaikan harga petrol, aku sering memilih utk tidak menggunakan air cond ketika memandu.. Namun selepas kejadian aku mendapat satu ilmu baru dari Sarjan Ramlee dan Abg Mat Terak yg mengingatkan ku supaya tidak sesekali membuka cermin di tepi kananku dan membiarkan cermin di sebelah kiri ku tertutup. Apabila angin kuat dari pantai bertiup kencang, Ribut berkenaan akan menolak keretaku, menjadikannya ringan dan akan terbabas dgn mudah. 

Pagi itu aku memang memecut krn dlm fikiran ku aku harus SEGERA KEMBALI KE KELAS.  Aku harus buat yg terbaik utk anak2 didik ku krn ini akan jadi persoalan di akhirat nanti. 

Kereta ku pandu agak laju krn mengejar masa. Sebaik sampai di tepi kedai Mok Nik tepi Sek Men Sura, ku lihat ada pelepah Nyior yang berada di tengah jalan. Memang jelas di mataku bahagian hujung kanannya agak besar. Seperti biasa ku lenyek bahagian daunnya sahaja dan mengelak sedikit ke kiri jalan. Pd hari biasa tiada apa yg berlaku. Namun ribut yang dtg dgn laju pd hari itu menyebabkan seakan pelepah nyior tadi berpusing dan tersangkut di bawah tayarku. Ternyata pengalaman memandu selama 25 tahun belum cukup utk ku mampu mengawal power stering ku pada hari itu,  Keadaan jadi agak panik ketika itu bila masa pelepah tadi seakan melekat di bawah kereta dan menghalang kelancaran pergerakan kereta ku. Tiba2 aku terasa keretaku seperti terbang dan tercampak ke tepi jalan dan aku langgar 3 buah kenderaan pegun lain yg sedang parkir di kedai makan di tepi jalan. 

Keretaku tersasar ke tepi jalan selepas kemalangan. Bonet depan remuk dan aku tak bisa keluar dari pintu kananku krn ianya tak bisa ku buka, Macam melekat di situ. Justeru aku keluarkan diriku dari sebelah kiri pintu kenderaan ku. Beberapa orang di dalam kedai termasuk ketiga2 tuan punya kereta datang menghampiri ku dan memberikan bantuan mereka. Tidak dinafikan si pemilik kenderaan agak gagal mengawal kemarahannya. Ini salahku krn melanggar keretanya yg tak BERSALAH.

Pemilik kenderaan yg telah ku cederakan kenderaannya tadi merasa amat marah. Suara kerasnya menyebabkan airmata ku keluar bertaburan sambil menahan sakit di bahagian belakang kepala dan leher krn tadinya aku terhantuk ke stering kereta. Pelik juga mengapa air bag ini tidak berfungsi. Namun sebaik kemalangan itu berlaku, apa yang ada dalam fikiranku hanya ada Kau Ya Allah, Lindungilah aku yang pd waktu ini. Suamiku jauh (sejam perjalanan) di KT dan akan amat mustahil untuknya kembali segera padaku. Hanya Kau lah tempatku berlindung.

Keadaan menjadi redha seketika selepas itu dan aku yang basah kuyup sebaik keluar dari kenderaan tadi (hujan pd ketika itu) merasa agak tenang, apa lagi melihat Abg Mat yang datang melindungi ku. Aku mencari perlindungan di belakang jejaka ini, Takut2 aku dikasari oleh pemilik kereta yg tidak sengaja ku langgar tadi. Abang Mat Terak ni tak pernah ku kenal sebelum ini. Orgnya ternyata sgt baik, Sgt tenang. Dia mengajar ku dua perkara iaitu, sebaik kita ditimpa kemalangan, jgn lupa bersyukur kita selamat dan jgn buang masa. Terus telefon  MANA-MANA LELAKI terdekat yg kita rasakan boleh tolong kita di tempat kejadian. Ini krn seorang wanita akan terdedah kepada perkara2 di bawah:-

1. Dikasari oleh orang yang dilanggar

2. Buat tindakan bodoh dgn membayar terus apabila diugut (sedangkan kita sendiri tak mahu kemalangan itu terjadi. Akurlah dgn Qada dan Qadar Allah. Tapi bukan semua org akan ingat setiap ujian itu dtg dariNya. Bertenang dan bersabar. Itulah yg membezakan tahap keimanan seseorang, iaitu  berSABAR PADA WAKTU UJIAN MENIMPA).

3. Risiko kecurian. Lindungi barang berharga terutama dompet, atau barang kemas krn mungkin akan berlaku kecurian pd waktu kita dalam keadaan yang kusut pd waktu kejadian.

Selepas sejam suamiku sampai dr Kuala Terengganu. Aku mohon ampun dan maaf darinya krn menyusahkan dia pagi itu. Dia hanya tersenyum dan menyatakan yang dia bersyukur krn aku masih hidup, selamat dan akan jadi lebih kuat dgn belajar dari musibah yang diturunkan olehNya. Aku jadi tenang. Syukur Ya Allah, kau pinjamkan aku seorang teman sejati seorang suami yang juga seorang pelindung dan guru ku sewaktu di dunia ini. Kau panjangkan dan berkatilah umurnya agar aku menjadi lebih baik, menjadi lebih taat dan terdidik selepas ini. Pendapatku tentang orang lelaki yang SAYANG KERETA LEBIH DARI SAYANG ISTERI itu ternyata salah sama sekali. Tidak pada suamiku tercinta. Sampai ke hari ini, 3 hari selepas kemalangan, dia tetap tidak menyalahkan ku. Alhamdulillah. Make me feel better! Merasa disayangi juga.

Kerosakan ketiga2 kereta berkenaan agak parah. tepi kiri kenderaan masing2 agak terjeas. Taksiran mekanik yg ada di tempat kejadian, termasuk kereta ku, kesemua 4 kenderaan kami secara total akan memakan kos pembaikan setinggi RM30K.

Hanya airmata ku yang mengalir mengenangkan apakah caranya untukku membiayai kos2 pembaikan ini. Aku yang pernah bercuti secara total 10 bulan bersama suamiku saat anakku terpaksa diberhentikan dari Makmal Autism UKM dulu, telah sedikit sebanyak menjerat kami dlm masalah kewangan hingga ke hari ini. Ya Basit, Kau Lapangkanlah aku....

Setiap kejadian yang berlaku itu adalah pendidikan dariNya. Menurut kata suamiku, guruku yang paling kusayangi. Justeru aku kongsikan pengajaran yg ku dapati dari kejadian ini:

1. Sentiasa ingat pada Allah sewaktu ingin memulakan perjalanan. Ingat hanya kebergantunya kepadaNya bisa menyelamatkan kita.

2. Jangan panik, bertenang selepas kemalangan. Aku yang kebuntuan tadi secara tidak langsung berjanji sanggup MEMBAYAR kesemua kos kerosakan yg terlibat. Sepatutnya aku cari maklumat terlebih dahulu sebelum berjanji. Bukan ke masing2 ada insurans kereta, Buat apa aku yang penuh rasa bersalah ini rela membayar semua kos pembaikan yang akan di lindungi dan dibayar oleh insurans

3. Setiap kemalangan yang melibatkan perlanggaran harus segera dilaporkan ke balai polis. Ini membolehkan claim insurans di buat. Laporan polis menjadi bahan bukti terjadinya kemalangan.

4. Kalau ada angin kuat atau setiap kali kita buka cermin sebelah kanan kita, bukalah juga cermin di sebelah kiri, Ini utk membolehkan angin lalu dgn baik tanpa tersekat. Angin yang masuk dari kanan akan tersekat di kiri kereta krn tingkapnya ditutup. Ini akan MENGANGKAT kereta kita yg menyebabkannya lebih RINGAN dan mudah TERBABAS

5. Hubungi orang LELAKI terdekat yg kita kenal dgn lokasi kejadian  secepat mungkin utk bantu kita di tempat kejadian, juga mengelakkan sebarang kejadian yg tak diingini juga sebarang ancaman yang ada di tempat kejadian.

6. Jangan buat sebarang perjanjian, walau pun secara verbal/lisan krn itu sedikit sebanyak akan menjerat kita kpd permasalahan lebih besar selepas itu. Dan yg paling penting:

7. Jangan pandu laju atau memecut apa lagi ketika keadaan sedang hujan atau ribut/angin kuat, krn pemandangan kita terbatas dan amat sukar membrek ketika sedang laju.

Justeru sekali lagi kpd kawan2 yg inginkan penerangan, boleh baca di blog saya sahaja krn saya agak sukar menceritakan seluruh kejadian, setiap kali ada yang menelefon. Ada juga kawan2 yang katanya tak sempat nak letak sumbangan di bilik rehat akedemik dan mereka hubungi saya utk minta no akaun bank. Rasa serba salah juga. Justeru saya berikan di sini no akaun Bank Islam NORLAILA MAT TAHIR 12029020643689 andainya kawan2 semua ingin menyumbang bantuan bagi meringankan beban. Ini kerana saya perlu menyewa kereta sepanjang masa  kereta berada di bengkel utk ke tempat kerja dan utk menjemput dan menghantar anak2 ke sekolah setiap hari. Kalau ada antara kawan2 yang nak bagi pinjam kereta atau nak sewakan pada harga murah, dialu2kan juga. Bolehlah hubungi saya di talian 011-26451058. Saya dah tanya di sekitar Dungun. Harga sewaan kereta paling kecil seperti Perodua Viva menjangkau RM1400  sebulan. 

Terima kasih atas bantuan, doa dan sumbangan semua para sahabat. terlalu besar nilainya pengorbanan dan sedekah kalian. Moga Allah memberi yang terbaik dan kesudahan yang terbaik buat kalian di dunia dan di akhirat. Amin.....


Sunday 29 January 2017

Aidil Irfan's skill

My mild Autism son, Aidil Irfan is celebrating his 11th birthday this coming April. Although he is still can't  read, he is good at drawing and  his skill in Lego game is such undeniable. He spends just a few minutes to form his favorite aeroplane model. Here I attached one of his latest model. 

Lego Model by Aidil Irfan