Related Links

Saturday 17 September 2016

WHY DO WE NEED SOME FUND FOR TAJUL IMAN?

Iman is already 13 yr old this year. Life becomes harder for me as he's growing up, still with a series of tantrums everyday even though I had done many things for his treatment, therapies, going to see Ustaz,  I'm yet to say NO for all my efforts. Sometimes I noticed, my boy used to be more aggressive every time I came back from the Ustaz place. Something should be done as I think that it might be something mysterious about him, there must be something IN HIM? ....Read more


Wednesday 14 September 2016

SURAT DARI SEORANG SAHABAT -menjawab segala kemusyikilan mengapa saya perlu mohon sumbangan

To: Norlaila Mat Tahir/TGANU/UiTM
From: Abdul Rahman Mohamad Gobil/NSEMB/UiTM
Date: 07/15/2016 07:00PM
Cc: UiTM Johor Users, UiTM Kelantan Allusers, UiTM Melaka Allusers, UiTM Pahang Users, UiTM Perlis Users, UiTM Sabah Users, UiTM Sarawak Users, Users Shah Alam
Subject: Pengalaman Saya Mempunyai Anak Autis


Saya Abdul Rahman Mohamad Gobil pensyarah UiTM Seremban 3. Saya ingin berkongsi pengalaman saya mempunyai anak mild Autism (Aspeger Syndrom). 



Semasa mula-mula menerima keputusan diagnostik dari Dr Pakar (Dr Ranjini di Unit Paedreatik HKL) pada tahun 2014. Ayat pertama yang beliau ucapkan kepada saya ialah (Saya terjemahkan ke dalam bahasa Malaysia) . "En Rahman saya memohon maaf kerana terpaksa bertanya begini. Adakah Encik tidak menghadapi masalah untuk mengeluarkan belanja sekitar RM5000 sebulan Ahmad menjalani terapi Applied Behaviour Analysis (ABA)?" Tuan/puan bolah hubungi Dr Ranjini pakar psikologi kanak-kanak di HUKL.

Untuk pengetahuan tuan/puan Applied Behaviour Analysis merupakan salah keadah yang berkesan untuk anak-anak autism selain daripada kaedah-kaedah lain. kepada sesiapa yang tidak memahami terapi ini bukan boleh dibuat sehari seminggu. Sejam Rm250 x 5 hari x 4 minggu. Kalau sebulan ada 5 minggu maka kena bayar lebih lagi. Selain terapi ini ibubapa akan memberi terapi sendiri pada waktu lain yang memerlukan banyak masa dan tenaga.

Mendengar soalan tersebut saya terdiam sebentar walaupun isteri saya mungkin mampu membantu kerana dia banyak membantu saya dari segi kewangan selama ini tetapi jumlah tersebut amat tinggi. Bagaimana pula nanti dengan perbelanjaan ke universiti kerana anak-anak ini amat berpotensi di dalam bidang-bidang yg mereka minati. 

Saya bertanya kepada beliau ada kursus yang boleh saya hadir untuk belajar sendiri supaya saya boleh melakukannya sendiri. Yang paling hampir singapura tetapi kosnya jugak tinggi, Ada seminar yang dijadualkan di Kuala Lumpur (pada waktu itu) dengan kos Rm800.00  sehari. Saya minta izin daripada doktor Ranjini untuk berkongsi dengan ibu-bapa lain di facebook tetapi beliau melarang kerana takut ada yang terasa kerana tidak mampu mengikuti bengkel tersebut. Kerana beliau faham tekanan yang ibubapa hadapi memiliki anak-anak austis. 

Alternatif yang saya ada ialah untuk menghantar ke pusat rehabilatasi termurah (RM1300 sebulan utk program separuh hari) 30km dari kampus seremban. Dengan tol, petrol saya terpaksa menanunggu tambahan Rm1000 sebulan kerana saya terpaksa menghantar pagi dan mengambil tengahari. Akibat perjalanan jauh ini anak saya mula mengalami "tick" istilah yang hanya difahami kami. beliau mula memukul kepada dgn ibu jari hingga berdarah dan bermacam tabiat lain lagi seperti mengeluarkan bunyi-bunyi pelik sepanjang malam. Terus terang saya cakap ada kalanya saya tak hantar anak kerana budget utk bulan tersebut telah cukup kerana saya malu untuk meminta daripada isteri kerana beliau sudah banyak membantu dari segi kewangan.

Ini belum lagi kos makanan, ubat-ubatan (anak autis ini dietnya tidak sama dengan diet anak tipikal yang lain). 

Kos bukanlah satu-satunya cabaran yang kami hadapi. Tekanan emosi, tanggapan rakan sekerja dan sebagainya. Kalau tuan-puan bertanya kenapa suami atau isteri tak support. Tuan/puan, salah seorang mesti korbankan masa dan kerjaya untuk anak ini dan membolehkan seorang lagi berjaya bagi memastikan masa depan anak ini terjamin. Ini yang saya ambil kerana isteri saya masih muda dan bepotensi untuk maju dalam kerjaya.

Pernah pada satu ketika saya mengajar subjek baru. Saya boleh mengira saya cuma mampu tidur kurang 12 jam seminggu utk menelaah, menyiapkan tesis phd dan menguruskan anak ini. Jangan tanya kepada saya kenapa tak serahkan anak pada isteri bagi siapa yang tidak faham  anak ini akan memilih kepada siapa dia akan dekati dan percayai.

Saya bersyukur kerana rakan sekerja di seremban 3 amat menyokong saya.

Tuan/puan saya menulis email ini bukan untuk meminta belas dan bantuan tetapi saya harap kepada sesiapa yang memandang sinis kepada Puan Norlaila tidak sewenang-wenangnya memberi komen dan melemparkan fitnah kepada beliau. Beliau diuji dengan anaknya kita mungkin diuji dengan wang, pangkat dan kedudukan. 

Sekiranya tuan/puan tidak dapat memberi sumbangan wang kepada beliau, doa dan sokongan moral pun sudah cukup. saya percaya beliau amat memerlukan sokongan kita. Saya mendoakan semoga Puan Norlaila diberi kekuatan dan berjaya dalam pelajaran dan kerjaya.

Wassalam.

Saya memohon maaf sekiranya e-mail ini menyinggung sesiapa. Saya sekadar berkongsi cerita dan pengalaman semoga tuan/puan memahami situasi Puan Norlaila.