Related Links

Sunday 3 July 2016

Ramadhan bersama Muhammad Tajul Iman,



Ramadhan bersama Muhammad Tajul Iman,

Tanggal 15 Jun 2016 genap umur mu 13 tahun..ketika ini kanak-kanak lain boleh dianggap sudah menempuh alam remaja..Namun hakikatnya dirimu tidak seperti mereka. Jika ibu bapa lain mungkin begitu berbangga dengan pencapaian 5A dalam UPSR anak masing-masing tapi tidak bagi dirimu.. Muhammad Tajul Iman (Iman), tika ini kau masih belum mampu bertutur. Yang engkau tahu ialah menjerit, menangis, meronta apabila kehendak mu tidak dituruti atau mereka di sekeliling mu tidak mengerti apa kehendak mu sebenarnya.

Pada umur 13 tahun, Iman masih tak mampu mengawal kencingnya, melepaskan kencingnya  sesuka hati. Dia masih tidak tahu menyayangi harta benda dan merosakkan barangan rumah seperti mesin basuh, peti ais, televisyen sesuka hatinya. Ini semua perlu dihadapi oleh seisi keluarga. Ini semua ujian Allah SWT yang harus kami hadapi dengan Redha.

Masyarakat luar mungkin belum mengerti apa itu “Autism & ADHD”. Rupa parasnya tidak menampakkan adanya kekurangan berbanding insan lain tetapi hakikatnya kau mempunyai dunia tersendiri yang sukar untuk insan lain mengerti. Justeru kami zahirkan blog http://imanspecialboy.blogspot.com bagi mendidik masyarakat akan apakah Autism dan apakah bentuk cabaran kami sebagai ibu bapa anak2 istimewa ini.

Berkatilah rezeki dan manfaatkan pahala sedekah sempena bulan Ramadhan yang mulia ini dengan menyumbangkan sedekah anda buat terapi dan pendidikan khas anak OKU kami. Ini bagi membantu menangani masalah tingkahlaku anak kami melalui terapi ubahsuai tinglahlakunya, agar hidup beliau lebih terjamin pd masa hadapan. 

Sumbangan kewangan boleh disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0511529000111162 atau hubungi ibu Iman-Pn laila 011-2645 1058
MOGA ALLAH MENAMBAHKAN REZEKI ANDA.


“ Kami mengalu-alukan sebarang bantuan dan sekurang-kurangnya share to friends”

5 comments:

  1. Assalamualaikum....
    Many special kids that I encounter have shown progress after taking fish oil supplements. There is a theory that DHA & EPA from fish oil is helpful in connecting the neurons in the brains. Wallahuakhlam.

    ReplyDelete
  2. Membaca post puan .... tiba2 sy mengalir airmata krn sy turut ada seorg anak (ke 4 dlm 5 adik beradik) yg mild hyper & mild autism (sy & suami turut sedg menuntut di peringkat Phd). Mungkin x seteruk apa yg dialami oleh Pn serta keluarga tp dh mencabar jua bgi pihak sy serta keluarga melalui pelbagai dugaan. Sy pun ada info psl fish oil supplement tp sehingga hari ini msh blm dpt jenama yg betul & bersesuai. Membaca post pn membuat sy bersyukur krn anak sy ni sebnr nya bijak sebnrnya (tiada mslah membaca) wpun byk insiden yg kurg menyenang perlu dilalui.

    ReplyDelete
  3. Salam...xtahu nk gmbrkn mcmn.sbb sy pun ade ank autisme 5thn boy.skrg masih blm ckp,pakai pampers n minum susu botol.makan agak cerewet.stakat ni hanya mkn jemput,keropok,coco crunch n megi ayam.mmg x elok u dia tp hanya tu yg dia mkn..kalau x dia akn mengamuk sbb lapar.sy surirumah,suami kerja xtetap..ank ada 5org,ank syurga sy yg ke3...die pun masih ade adk kecik yg pakai pampers n minum susu.sedih rasanya...ank sy xdpt follow up u jumpa doc sbb mslh kewangan.kereta pun xde u sng pergi hospital.nak naik kenderaan awam mmg sy rasa xblh sbb ank sy ssh nak sesuaikn dri kt tmpt bru.tmbh dgn adk2nya yg masih perlukan perhatian penuh...kdg2 menangis sendri,penat mmg penat tp hadapi juga demi ank2 tercinta..sape2 blh bantu sy?blh hubungi sy di 01133482933.terima kasih..

    ReplyDelete
  4. Please google "biomedical treatment for autism" and study, study, study!

    Buy this book and read.
    http://www.amazon.com/Healing-Preventing-Autism-Complete-Guide/dp/0452295920

    Stop vaccinating.

    Join the group KL Biomed. http://www.facebook.com/groups/169950843212148/

    Take your child to a biomed doctor:
    http://healthbitesonline.blogspot.my/2010/05/biomedical-doctors-in-malaysia.html

    http://spectrummuminmalaysia.com/2012/03/13/list-of-biomed-doctors/

    ReplyDelete
  5. Thanks to all those friends who gave their comments and suggestions for me to cope with TAJUL Iman. InsyaaAllah will go about it. Thanks

    ReplyDelete